Tuesday 22 October 2013

MINIT MESYUARAT PIBG BILANGAN 1/2012



MESYUARAT PIBG SK TILIS BIL 1 / 2012
Tarikh             :           16 Febuari  2012
Masa              :           7.30 P.M
Tempat           :           Dewan Tilis Atulai

Kehadiran     :

1.    Faizal Fadzil             Guru Besar/ Penasihat
2.    Sapon Sumakit        YDP PIBG
3.    John Tampis             Timb, YDP PIBG
4.    Zulfikar Yusuf          PK 1
5.    Verawati Wahid        Setiausaha
6.    Lanjuin Andawai     Bendahari
7.    Pelipus Muli
8.    Sambingan   Larap
9.    Andahang Lingkong
10. Angkuras Ampungut
11. Bangkong Akat
12. SurilTampis
13. Rum Taim
14. Mansiang Sumakit
15. Dominic Sintoh
16. Aping Sumakit
17. Mohd Fadli Che Ghani
18. Norsaini Abd Thani
19. Rusiah Ambau
20. Lunah Lumiros
21. Ijah Kulasi
22. Ahida Tikau
23. Sarah Muli
24. Roos Taim
25. Jeprin Ipung
26. Andahang Tampis
27. Azizul Abu Bakar
28. Yambaris Muli
29. Kalan Kulasi
30. Jime Mansulak
31. Garisan Indak
32. Ansapi Imba
33. Soel B. Palipus
34. Ansapul Muli
35. Jaspat Buayoh


1.    Ucapan Guru Besar
1.1. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kerana menghadiri mesyuarat.
1.2. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk melantik AJK baru bagi sesi 2012.
1.3. Diharapkan pemilihan dapat di jalankan secara telus dan adil.

2.    Ucapan YDP PIBG 2011
2.1. Ucapan alu-aluan dan terima kasih atas kehadiran ibubapa dan guru.
2.2. Memohon agar perpaduan yang sedia ada dapat diteruskan lagi untuk kemajuan sekolah dan seterusnya kemajuan kampung Tilis.
2.3. Sebagai wakil ibubapa, YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas usaha Guru Besar dan guru-guru mendidik anak-anak Kg. Tilis.
2.4. Diharap ibubapa dapat dapat menyokong dan menjadi pendorong kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran.
2.5.  Sebagai YDP bagi sesi 2011 banyak kekurangan dan diharap YDP baharu akan dapat meneruskan kerjasama yang lebih baik di masa akan datang.
2.6.  Harapan kepada En. Faizal Fadzil,Guru Besar SK Tilis agar menangguh perpindahan kerana anak-anak kami masih memerlukan Guru Besar untuk membimbing anak-anak kami.

3.     Laporan Kewangan 2011
3.1.  Yuran PIBG - semua ahli sudah membayar.
3.2. Baki Wang PIBG RM147.00

4.    Laporan Bendahari
4.1. Pencadang : En. Sapon Sumakit
4.2. Penyokong : En. Ansapol Muli

5.    Pembentukan AJK 2012- 2014

Pembubaran AJK 2010-2012 diumumkan oleh Guru Besar.

AJK Tertinggi PIBG

YDP PIBG : En. Sapon Sumakit
Tim. YDP PIBG : En. John Tampis
Setiausaha : Cik. Verawati Wahid
Bendahari : Pn. Lanjuin Andawai






AJK PIBG Kecil
Biro Pendidikan
En.Mansiang Sumakit (Ibu Bapa)
En.Zulfikar Yusof (Guru)

Biro Sukan          
En. Ansapul Muli ( Ibu Bapa)
En.Azizul Abu Bakar (Sukan)

Biro Disiplin       
En.Kalan kulasi (Ibu Bapa)
En.Dominic Sintoh (Guru)

Biro Seni &Kebudayaan
 Pn Suida Angkopi (Ibu Bapa)
Pn Norsaini Abd Tahni (Guru)

Biro Pembangunan & Keceriaan
En.Suril Tampis (Ibu Bapa)
En.Jeprin Ipung (Guru)

Biro Lawatan
En. Lasong @ Aping Sumakit (Ibu Bapa)
Ustaz Mohd Fadli Che Ghani (Guru)



Juruodit Dalaman
Pn.Ahida Tikau (Ibu Bapa)
Pn.Florinsiah Bte Lisa (Sekolah)

6.    Perancangan PIBG 2012-2014
6.1. Cadangan –cadangan
1.       Lawatan PIBG ke sekolah SBT
2.       Hari Keluarga PIBG
3.       Pertandingan Kecerian Kelas
4.       Pembinaan tangga konkrit ke Pra Sekolah.
5.       Mini Koperasi (Kedai PIBG)

7.    Kem Motivasi Tahun 6 Peringkat Zon Bukit
7.1. Tarikh cadangan 29/06/2012 sehingga 01/07/2012
7.2. Mesyuarat pelaksanaan akan dimaklumkan.
7.3. PIBG berperanan membantu, mencari bahan-bahan masakan.
7.4. Kutipan akan dibuat bagi setiap murid Tahun 6.


8.    Hal-hal lain.
8.1. Lencana sekolah akan dijual. Setiap murid wajid mempunyai lencana.
8.2. Penyerahan KWAPM dan juga tarikh gotong royong akan di maklumkan semula.
8.3.  Pengumuman peperiksaan Penggal 1 adalah pada 17/05/2012
8.4. Perancangan-perancangan sekolah
1.       Perkampungan UPSR
2.       Aktiviti Ko-Kurikulum.
3.       English In Camp
4.       Taklimat LINUS dan PROTIM

9.    Ucapan YDP Sesi 2012-2014
9.1. En. Sapon mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau.
9.2. Ucapan tahniah kepada YDP lama atas   kejayaan beliau dalam menerajui PIBG [ada sesi yang lepas.
9.3. Sebagai YDP yang baru dilantik, beliau berjanji untuk meneruskan perjuangan yang lalu, membantu pihak sekolah.
9.4. Beliau juga berharap sokongan daripada pihak sekolah terutamanya Guru Besar. Sekian terima kasih.



10. PENUTUP
10.1.             Guru Besar mengucapkan tahniah kepada YDP PIBG yang baru En. Sapon Sumakit diatas pelantikan beliau dan berharap kita memberi kerjasama dan sokong kepada beliau untuk meneruskan perjuang dalam memartabatkan pendidikan anak-anak kita dan seterusnya membangunkan sekolah agar visi dan misi sekolah dapat dicapaui.
10.2.             Kepada YDP yang lama, En. Mansiang Sumakit, terima kasih atas sumbangan beliau yang dapat dilihat seperti pembinaan tangga konkrit, dewan serta pondok. Atas kepimpinan beliau yang berjaya, semua itu dapat dihasilkan.
10.3.             Guru besar rmemohon maaf kalau ada kesalahan dan keterlanjuran semasa mesyuarat dijalankan. Terima Kasih

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9:20 pm


Dicatatkan oleh :                                                                          Disahkan oleh:



VERAWATI WAHID                                                                      EN. SAPON SUMAKIT
Setiausaha PIBG 2012                                                                Yang DiPertua PIBG
Sk Tilis, Tenom                                                                            Sk Tilis, Tenom



Tarikh:_____________                                                                Tarikh:_____________

No comments:

Post a Comment