Tuesday 22 October 2013

MINIT MESYUARAT PIBG BIL 2/2012



MESYUARAT PIBG SK TILIS BIL 2 / 2012
Tarikh             :           22 Mei 2012
Masa              :           7.55 P.M
Tempat           :           Dewan Tilis Atulai
 Kehadiran :
1.    Faizal Fadzil             Guru Besar/ Penasihat
2.    Sapon Sumakit        YDP PIBG
3.    John Tampis             Timb, YDP PIBG
4.    Zulfikar Yusuf          PK 1
5.    Verawati Wahid        Setiausaha
6.    Lanjuin Andawai     Bendahari
7.    Pelipus Muli
8.    Sambingan   Larap
9.    Andahang Lingkong
10. Angkuras Ampungut
11. Bangkong Akat
12. SurilTampis
13. Rum Taim
14. Mansiang Sumakit
15. Dominic Sintoh
16. Aping Sumakit
17. Mohd Fadli Che Ghani
18. Norsaini Abd Thani
19. Rusiah Ambau
20. Lunah Lumiros
21. Ijah Kulasi
22. Ahida Tikau
23. Sarah Muli
24. Roos Taim
25. Jeprin Ipung
26. Andahang Tampis
27. Azizul Abu Bakar
28. Yambaris Muli
29. Kalan Kulasi
30. Jime Mansulak
31. Garisan Indak
32. Ansapi Imba
33. Soel B. Palipus
34. Ansapul Muli
35. Jaspat Buayoh



1.    Ucapan Guru Besar
1.1. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kerana menghadiri mesyuarat.
1.2. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan mengenai pelantikan AJK Kem Kecemerlangan UPSR 2012 yang akan berlangsung pada 29hb Jun  2012 sehingga 1 Julai 2012.
1.3. Guru Besar menyaran dan menyeru agar ibubapa dapat bekerjasama dalam memantapkan sekolah untuk menjadi rujukan dan contoh kepada sekolah-sekolah pedalaman lain.
1.4. Kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh murid-murid  SK Tilis dalam penyertaan pertandingan-pertandingan Ko-akademik membuktikan peningkatan yang memberansangkan di kalangan murid-murid. Sokongan daripada ibubapa dapat memberi motivasi kepada anak-anak untuk terus berjaya.
1.5. Guru Besar menyarankan supaya ibubapa membantu guru-guru menasihati anak-anak mengulangkaji di rumah sekurang-kurangnya 2 jam sehari.
1.6. Pastikan anak-anak menyiapkan kerjasekolah, elakkan bantu anak menyiapkan atau membuat kerja sekolah
1.7. Terdapat murid Tahun 1 yang masih belum lancar membaca, bantu anak-anak untuk melatih membaca di rumah.
1.8. Kehadiran murid Tahun 6 masih tidak 100% yang hadir ke sekolah dan kelas tambahan.
1.9. Guru Besar juga mengingatkan kepada ibubapa agar datang berjumpa dengan guru untuk berbincang mengenai perkembangan anak-anak.
1.10.             Guru Besar mengingatkan supaya duit KWAPM dan e-Kasih yang telah diagihkan digunakan untuk pendidikan dan simpanan untuk masa hadapan.

2.    Ucapan YDP PIBG
2.1. Ucapan alu-aluan dan terima kasih atas kehadiran ibubapa dan guru.
2.2. Sebagai wakil ibubapa, YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas usaha Guru Besar dan guru-guru mendidik anak-anak Kg. Tilis.
2.3. Diharap ibubapa dapat mengambil peluang untuk bertanya mengenai perkembangan anak-anak dan berharap tujuan mesyuarat dapat dilaksanakan.


3.    Melantik AJK Kem Kecemerlangan
3.1. Jadual giliran memasak bagi ibu-ibu akan diberikan.
3.2. Latihan tarian tradisi Murut di bawah bimbingan Pn. Lanjuin dan Pn. Suida.
3.3. Set karaoke akan disewa.
3.4. Pengurus pakaian seragam bagi guru-guru dan ibubapa – Cik Verawati.
3.5. Anggaran peserta dan guru yang akan menyertai Kem Kecemerlangan UPSR dalam 76 orang.
3.6. Anggaran kos makan, minum, majlis penutupan dan cenderakengan adalah RM3000.

4.     Kewangan Kem Kecemerlangan UPSR 2012
4.1. 8 cenderakengan akan disediakan kepada sekolah-sekplah yang menyertai kem dan juga kepada penceramah.

5.    AJK mencari sayur kampung
5.1. Lelaki – mencari umbut, jantung pisang, tuhau
5.2. Perempuan – Sayur-sayur kampung, rebung, pakis

6.    AJK pengangkutan Memburu.
6.1. John Tampis dan Yambaris Muli
6.2. Memburu rusa dan menangkap ikan sekiranya tidak hujan
6.3. Kumpulan 1 ( Ketua – En. Mohd Fadli)
6.4. Kumpulan 2 ( Ketua – En. Azizul)
6.5. Kumpulan 3 ( Ketua – En. Zulfikar )

7.    Baju seragam Kem Kecemerlangan UPSR bagi guru-guru dan ibubapa
7.1. Semua ibubapa bersetuju untuk membeli baju seragam
7.2. Seorang RM25

8.    Kutipan untuk majlis perasmian dan penutupan
8.1. Cadangan En. Mansiang satu keluarga memberi sumbangan RM20 berserta beras 5 put.

9.    Cadangan Penubuhan Mini Koperasi
9.1. Cadangan pembinaan pondok koperasi
9.2. Perbincangan akan dibuat selepas Majlis Kem Kecemerlangan UPSR 2012.

10.  Hal-hal lain.
10.1.             Jadual kelas tambahan
-               En. Ansapi berharap pihak sekolah dapat memaklumkan awal jadual kelas tambahan.
10.2.             Pemansuhan kelas malam hujung minggu pada penggal ke-2. Ini kerana ibubapa yang datang bertugas mendapati murid-murid tidak hadir.
10.3.             Guru Besar memaklumkan bahawa perlu ada kerjasama dari ibubapa untuk menjaga kebersihan kawasan sekolah dan kampung.
10.4.             Pihak sekolah akan melaksanakan sistem merit dan demerit kepada murid-murid SK Tilis.
10.5.             Sekiranya anak tidak dapathadir, ibubapa sila berjumpa dengan guru untuk memohon kebenaran cuti dan isi borang yang disediakan.


10.6.             En. Jeprin Ipung
-               Memaklumkan berkaitan sekolah seni Malaysia, ibubapa boleh menggalakkkan anak-anak masuk ke sekolah tersebut. Syarat kemasukkan adalah semua subjek lulus dalam UPSR. Negeri-negeri yang mempunyai sekolah seni adalah Johor dan Sarawak.
-               Tiket penerbangan disediakan dia kali setahun.
-               Elaun RM30 sebulan.

11. PENUTUP
11.1.             Guru Besar berterima kasih atas perhatian yang telah diberikan dan berharap aktiviti-aktiviti dan program-program yang dirancang dalam dijalankan dengan jayanya.
11.2.             Guru besar memohon maaf kalau ada kesalahan dan keterlanjuran semasa mesyuarat dijalankan. Terima Kasih


  Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:15 pm


Dicatatkan oleh :                                                                          Disahkan oleh:



VERAWATI WAHID                                                                      EN. SAPON SUMAKIT
Setiausaha PIBG 2012                                                                Yang DiPertua PIBG
Sk Tilis, Tenom                                                                            Sk Tilis, Tenom



Tarikh:_____________                                                               Tarikh:____________



No comments:

Post a Comment