PENDAHULUAN
Pada masa ini Persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG) telah diwujudkan di tiap-tiap sekolah di Malaysia. PIBG ini
dianggotai oleh guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak di
sekolah berkenaan. Pada kebiasaannya sekolah mengutip yuran daripada
pihak penjaga sebagai sumber menggerakkan persatuan. Mesyuarat Agung PIBG
diadakan sekali setahun untuk memilih ahli-ahli jawatankuasanya.
Pengerusi PIBG selalunya dilantik di kalangan ibu bapa sementara guru besar
bertindak sebagai penasihat dan seorang guru bertindak sebagai
setiausaha. Sambutan terhadap kegiatan PIBG adalah berbeza-beza antara
sekolah. Terdapat PIBG yang aktif dan ada yang kurang aktif.
Persoalan yang selalu dibangkitkan ialah mengapakah terdapat banyak PIBG yang
tidak bergerak cergas dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah sedangkan PIBG
dapat memberikan sumbangan-sumbangan yang besar dan menjadi tunjang terhadap
kemajuan sesebuah sekolah. Sebagai contoh PIBG dapat membantu
menyelesaikan masalah salah laku pelajar, dapat membantu dalam kerja-kerja amal
dan dapat membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah. Untuk
menjawab persoalan ini, sebagaimana peranan guru besar dalam komuniti, pemimpin
sekolah juga mempunyai tanggungjawab untuk mengaktifkan PIBG. Guru Besar
yang berkesan akan melibatkan PIBG dalam usaha-usaha mencapai hasrat
sekolah.
Di samping faktor kepimpinan guru besar, adalah penting bagi PIBG mempunyai pasukan ahli jawatankuasa yang bersedia dan berminat untuk menjayakan program-program sekolah. Kepimpinan PIBG yang berinovasi dapat merancang pelbagai strategi untuk menentukan kejayaan sekolah. PIBG misalnya tidak hanya melibatkan mereka yang mempunyai anak yang bersekolah untuk aktiviti-aktivitinya. PIBG sepatutnya melibatkan juga ahli-ahli komuniti yang bukan terdiri daripada ibubapa untuk bergiat dalam membantu program PIBG. Terdapat ramai ahli-ahli komuniti yang terdiri daripada mereka yang tiada anak, anak sudah tamat sekolah atau yang masih bujang yang mungkin berminat dalam aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan. Oleh itu terpulanglah kepada kepimpinan PIBG menjalankan fungsi dan peranan masing-masing selaras dengan kedudukan mereka dalam persatuan.
Definisi Dalam banyak hal PIBG boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah
sekolah. Seperti yang kita sedia maklum PIBG merupakan akronim bagi
Persatuan Ibu bapa dan Guru. PIBG secara keseluruhannya telah dinyatakan
seperti di atas. Tunjang pula menurut kamus Dewan ialah akar di atas
tanah yang menopang batang pohon supaya tegak seperti yang terdapat pada pokok
bakau dan lain-lain lagi. Kemajuan berasal dari kata dasar maju yang bermakna
bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan. Kemajuan bermakna perihal maju
seperti taraf hidup dan lain-lain. Sesebuah bermaksud penjodoh bilangan
untuk bilangan sesuatu benda di mana bentuk atau jenisnya tidak tentu. Sekolah
pula ialah tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi
pelajaran.
Secara keseluruhan
PIBG tunjang kemajuan sesebuah sekolah bermaksud PIBG menyokong dan membantu
membina kemajuan di sesebuah sekolah agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara
dapat direalisasikan. Usaha ini memerlukan komitmen semua pihak bermula
dari guru besar atau pengetua, ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekitar dan
pelajar. Kita sedar bahawa PIBG adalah salah satu pertubuhan di dalam sekolah
yang boleh memainkan peranan besar terhadap meningkatkan pencapaian
persekolahan murid-murid mereka. Ahli-ahli PIBG yang aktif boleh
menyumbangkan tenaga dan sumber kewangan mereka dari semasa ke semasa demi
kemajuan sekolah yang berkenaan.
Menurut Kamarudin
Hj. Kachar (1989) pendidikan tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan daripada
masyarakat. Pendidikan perlu dirancang dan dilaksanakan prosesnya dalam konteks
masyarakat. Tujuannya supaya pendidikan ada kaitan rapat dengan masyarakat.
Selain daripada tujuan sedemikian, pelajar-pelajar dapat memahami masyarakat,
hidup berasaskan kepada nilai-nilai dan unsur-unsur kebudayaan masyarakat, dan
supaya ibu bapa serta orang lain memahami dan menghayati keadaan,
matlamat dan masalah institusi pendidikan. Pelajar-pelajar datangnya
daripada masyarakat. Mereka diasuh, dididik dan dilatih oleh institusi
pendidikan untuk keperluan masyarakat. Dengan demikian memang wajar
institusi pendidikan mendapat bantuan bukan sahaja kewangan, tetapi bantuan dan
asuhan moral daripada masyarakat.
Peranan PIBG PIBG semestinya memegang amanah sebagai persatuan yang
berjuang dan memperjuangkan kebajikan ahlinya sekaligus mendasarkannya kepada
kepentingan pelajar dan murid. Ini bermakna PIBG terutama pemimpinnya
tentulah tidak wajar menjadikan persatuan sebagai batu loncatan untuk
kepentingan peribadi sama ada yang berkecenderungan politik, ekonomi atau
kepentingan peribadi. Secara tidak langsung juga, Persatuan tidak wajar
bergerak atau menjadi gerakan yang bersifat politik berparti atau mempunyai
kecenderungan menyokong sebarang parti politik kerana matlamat utamanya
hanyalah memperjuangkan kebajikan ahli, serentak dengan usaha menyokong
sebarang dasar pendidikan yang menjamin dan mengutamakan kepentingan
pelajar,murid,ibubapadan seluruhnya.
Peranan Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam
menyerlahkan prestasi anak-anak ialah sebagai penjaga. Ibu bapa seharusnya
menjadi penjaga yang bertanggungjawab. Ini bererti segala keperluan asas
seharusnya dipenuhi mengikut kemampuan dan kesesuaian. Sebagai penjaga, ibu
bapa juga seharusnya bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal dan mental
anak.Ibu bapa juga perlu berperanan sebagai pengawas tingkah laku anak.
Ibu bapa perlu mengambil berat setiap tindak tanduk anak-anak untuk menjamin
masa depan mereka. Jika perkara ini tidak diberi perhatian yang serius sejak
dari awal, cita-cita ibu bapa untuk menjadikan anaknya cemerlang mungkin
hanya tinggal angan-angan sahaja. Bak kata pepatah, ‘kalau hendak melentur buluh
biarlah dari rebungnya’.Selain daripada itu, ibu bapa
juga perlu bertindak sebagai perangsang perkembangan mental anak. Ibu
bapa semestinya dapat melihat secara keseluruhan mengenai potensi
anak-anak mereka. Potensi yang ada dalam diri anak sepatutnya diserlahkan
dan dikembangkan mengikut saluran yang betul dan diredai. Bantu anak-anak
mengenali bakat yang ada dalam diri mereka dan seterusnya memupuk bakat
tersebut. Setiap bakat yang wujud dalam diri anak perlu diasah dan disuburkan
pada setiap masa dan keadaan. Apabila ibu bapa dapat memainkan peranannya
secara positif di rumah maka tugas guru disekolah dapat diringankan dan tidak
ada berlaku kecelaruan fikiran di kalangan anak-anak.
Pada
peringkat sekolah, guru yang mengisi sebahagian daripada komposisi PIBG
seharusnya berperanan sebagai ibu bapa yang mengambil berat setiap
keperluan dan kebajikan pelajar. Oleh itu guru yang menjadi seorang
pendidik yang benar-benar ‘berwatak pendidik’dengan menyerlahkan seluruh ciri
kebudimanannya dan ‘kecikguannya’. Kita berkeyakinan manusia suka dan
selesa kepada sesiapa sahaja yang menampilkan sifat kasih sayang dan bersikap
penyayang. Justeru, sudah tentu pendidik yang bersikap dan bersifat
penyayang adalah seorang yang lemah lembut tatkala mendidik dengan menganggap
pelajar seperti anaknya.
Oleh itu, guru
tentu lebih menghargai anak didiknya kerana tiada ibu atau bapa yang gembira
apabila melihat anaknya dimaki, dicerca dan dimarah tanpa usul periksa.
Seandainya tidak mahu melihat anak didera oleh sesiapa , setiap individu
tentunya bertanggungjawab dan insaf betapa tiada haknya mereka mendera anak
orang lain. Secara tidak langsung juga ia memperlihatkan usaha
merealisasikan konsep sekolah penyayang yang dapat dihayati oleh pelajar.
Apa yang diharapkan pelajar sendiri bersyukur dan menghargai nilai peribadi dan
personaliti gurunya yang memberi kasih sayang yang amat luas dan sesuai dalam
setiap detik pengajaran dan pembelajarannya. Secara tidak langsung, guru
menyediakan dunia pengajaran yang diwarnai dengan keseronokkan mengajar manakala
pelajar menikmati dunia penuh cerita dalam pembelajaran meraka atau
keseronokkan belajar. Pendidik seharusnya menginsafi keterbatasan
upayanya kerana sifat manusianya sendiri mesti dan wajar dimaklumi walaupun
sebagai pendidik yang begitu kuat iltizam dan idealisme mempunyai
jangkaan matlamat yang berkeinginan untuk mencapai kecemerlangan.
Dengan keterbatasan ini tentu sukar untuk mengubah perlakuan dan sikap murid
dalam waktu yang singkat, malah mungkin mengambil masa yang panjang.
Membantu menyelesaikan masalah salah laku pelajar.
Ada yang
memeranjatkan, sekaligus membimbangkan, mengenai hasil satu kajian yang dibuat
oleh Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Kementerian
Pendidikan. Laporan kajian tersebut menjelaskan tentang penularan gangsterisme
yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara
sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah
menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai-bagai
kegiatan kongsi gelap.
Antara kegiatan
berunsur ganas yang kerap berlaku di sekolah ialah mencuri, bergaduh, peras
ugut, malah percubaan merogol. Sejak sedekad kebelakangan ini kenakalan
melampau ini sudah menjadi satu trend di kebanyakkan sekolah. Hal ini
telah sering kali dibangkitkan oleh guru-guru, juga selalu menjadi agenda utama
dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan Ibu Bapa danGuru(PIBG). Menurut
Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Kebangsaan, Prof
Madya Mohamad Ali Hassan berkata (B.H, 27 Julai 2001), dengan cabaran dunia
tiada sempadan pelbagai elemen yang baik atau buruk bebas memasuki minda
golongan muda sekiranya tidak disaring dengan teliti. Sehubungan dengan
itu, katanya, dengan benteng kukuh yang dibina sejak kecil serta
kawalan daripada semua pihak yang berfungsi membentuk insan bistari dan
gemilang, tidak mudah bagi anak muda dipengaruhi anasir tidak sihat.
Beliau berkata, tanggungjawab itu bukan sahaja dipikul oleh ibu bapa malah
anggota masyarakat dan kerajaan untu menilai dan mengkaji kelemahan
supaya dapat diperbaiki segera.
Membantu pelajar miskin.
Majlis Pemuafakatan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) akan mewujudkan bank data untuk
menyenaraikan palajar daripada keluarga miskin, sekaligus memudahkan
proses menyalurkan bantuan kepada mereka. Bank data itu bertujuan
memudahkan proses khidmat kebajikan dan bantuan dihulurkan kepada belajar
terbabit. Pelajar yang tersenarai akan diberi bantuan sama ada dalam
bentuk kewangan dan perkhidmatan lain menerusi dana sumbangan ahli
korporat dan agensi kerajaan yang disalurkan kepada persatuan
berkenaan. Perlaksanaan program ini memerlukan perbelanjaan yang besar,
oleh itu diharapkan lebih ramai ahli korporat tampil untuk membantu menjayakan
kegiatan sukarela berbentuk kebajikan ini.
Setiap PIBG
peringkat sekolah disarankan menyediakan bank data sendiri dengan menyenaraikan
semua pelajar miskin yang berhak dibantu. PIBG patut menjadikan usaha
membantu pelajar miskin ini sebagai satu daripada agenda utama
supaya golongan ini dapat belajar dengan selesa sepertimana pelajar
lain. PIBG juga patut membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan
rendah dengan memastikan mereka tersenarai menerima buku menerusi Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada masa sama PIBG perlu beriktiar
menganjurkan pelbagai majlis ilmu dan seminar motivasi kecemerlangan yang
membabitkan pelajar daripada keluarga berkenaan. Penyertaan dalam program
ini akan memberi rangsangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan
persekolahan hingga berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading dan
merangkul segulung ijazah. Kejayaan ini sekaligus dapat membebaskan
mereka daripada kemelut kemiskinan kerana kejayaan dalam bidang pendidikan
memudahkan pelajar terbabit mencari pekerjaan.
LATAR BELAKANG PIBG
SK.TILIS
Pada tarikh 16 April 2009, satu jawatankuasa
penaja telah ditubuhkan bagi penubuhan Persatuan Ibu bapa dan Guru SK.Tilis
Tenom. PIBG SK.Tilis telah didaftarkan secara rasmi pada 25 April 2009 dengan
sijil pendaftarannya iaitu: JP/PPIG/4/00880.
Tujuan PIBG Sk.Tilis
adalah;
·
Memastikan
kemajuan dan perkembangan serta menjaga kebajikan murid terjaga dengan
baik
·
Membantu
meningkatkan komunikasi dan kemesraan antara sekolah dan masyarakat
·
Membantu mencari
dana atau menambah sumber kewangan sekolah
·
Membantu mewujudkan
suasana kondusif di sekolah serta murid Jawatankuasa PIBG
·
Menetapkan bilangan
ibu bapa dan guru perlu seimbang, manakala guru besar atau pengetua tidak boleh
menggangotainya dan hanya bertindak sebagai penasihat persatuan.
Walaupun
penubuhan Persatuan PIBG SK.Tilis baru 3 tahun, namun pelbagai aktiviti dan
program telah berjaya dirancang dan dilaksankan. Melalui aktiviti dan program
PIBG tersebut kini Sk.Tilis telah mengorak langkah ke hadapan dan berjaya
menonjol sehingga mendapat anugerah “New Deals” Kementerian Pelajaran
Malaysia pada tahun 2010.
SENARAI AJK PIBG 2012 –
2013
Penasihat
En.Faizal@Palanius
Bin Michael (Guru Besar)
AJK
Tertinggi
YDP PIBG En.Saapon Sumakit
Naib YDP PIBG : EN.John
Tampis
Setiausaha PIBG : Cik
Verawati Wahid.
Bendahari PIBG :
Puan.Lanjuin Andawai
AJK
PIBG Kecil
Biro
Pendidikan
En.Mansiang Sumakit (Ibu
Bapa)
En.Zulfikar Yusof (Guru)
Biro
Sukan
En. Ansapul Muli ( Ibu
Bapa)
En.Azizul Abu Bakar
(Sukan)
Biro
Disiplin
En.Kalan kulasi (Ibu Bapa)
En.Dominic Sintoh (Guru)
Biro
Seni &Kebudayaan
Pn Suida Angkopi (Ibu Bapa)
Pn Norsaini Abd Tahni (Guru)
Biro
Pembangunan & Keceriaan
En.Suril Tampis (Ibu Bapa)
En.Jeprin Ipung (Guru)
Biro
Lawatan
En. Lasong @ Aping Sumakit
(Ibu Bapa)
Ustaz Mohd Fadli Che Ghani
(Guru)
Juruodit
Dalaman
Pn.Ahida Tikau (Ibu Bapa)
Pn.Florinsiah Bte Lisa
(Sekolah)
AKTIVITI PIBG TAHUN 2011
1.
Majlis
Hari Guru
2.
Membina
laluan dan Tangga konkrit sepanjang 60 meter (dilaksanakan dengan kerjasama
Pusat Giat Mara Daerah Tenom).
3.
Membina
1 buah Pondok Bacaan .
4.
Membina
1 buah Pondok Sains.
5.
Membina
1 buah Pondok Ilham.
6.
Membina
1 buah Pondok Pra Sekolah.
7.
Membina
replika menara KLCC dan menara Kuala Lumpur.
8.
Membina
Mini Dewan Terbuka Sk.Tilis (2011 – 2012)
9.
Melaksanakan
program Perkemahan Ko-Kurikulum.
10. Menjayakan aktiviti 1Murid 1 Sukan.
11. Mengawas dan memantu murid tahun 6
belajar malam.
AKTIVITI PIBG TAHUN 2012
1. Menyiapkan Mini Dewan Terbuka “Tilis Atulai”.
2. Membina laluan konkrit ke Bangunan Pra
Sekolah sepanjang 60 meter.
3. Membina Replika Guning Berapi di dalam
Taman Sains
4. Membina Pagar di kawasan sekolah.
5. Membina pagar kebun murid.
6. Bekerjasama menjayakan Kem
Kecemerlangan UPSR peringkat Zon Bukit.
7. Bekerjsama menjayakan program Hari
Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri.
8. Bekerjsama menjayakan program
Perkampungan UPSR murid tahun 6.
9. Bekerjasama menjayakan program
Perkemahan Ko-Kurikulum & English In Camp.
10. Bekerjsama menjayakan Majlis Bakti
Disemai Bukti Dituai.
11. Mengawas dan memantu murid tahun 6
belajar.
VISI
MENYOKONG SK.TILIS
MEREALISASIKAN VISI
PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER
PADA TAHUN 2016
MISI
BERKOLABORASI DENGAN SEKOLAH BAGI
MELAHIRKAN MURID-MURID
YANG BERILMU, BERKEMAHIRAN DAN BERDISIPLIN
MOTTO
BERSAMA MENUNAIKAN AMANAH
No comments:
Post a Comment