Thursday, 28 November 2013

SARANA SEKOLAH













































PARENT TEACHER ASSOCIATION CONCEPT



PARENT TEACHER ASSOCIATION CONCEPT
The aim of Parent Teacher Associations (PTAs) is to foster better relationships between parents and their children's schools.
PTAs create a partnership which helps the school listen to and deal with parents' concerns; and for parents to learn more about the school and how to improve their children's education. PTAs do not necessarily represent the views of all parents but they can be an excellent forum for communication and a basis for partnership between parents and schools.
If your school has a PTA, or is in the process of setting one up, you may find some of the following suggestions helpful.
  • Remember that some parents may find the school environment intimidating. You may wish to consider holding the meeting elsewhere or allow time specifically for new members to say something. This should go some way to counteracting reticence on their part.
  • Bear in mind the varied lifestyles of both parents and teachers which may mean that many have trouble attending regular meetings. This should not be taken to be a sign of disinterest. You may wish to produce a newsletter to help those who cannot attend meetings get involved.
  • Consider the practical activities arising from the PTA as it may be useful to have a register of people able and willing to babysit so that single parents can attend whatever their circumstances.
  • Ensure that the existence of the PTA is well publicised, so that parents of children new to the school are made aware and encouraged to attend.
  • Teachers should inform parents of ways in which they can help in the school and who to contact. This information could become part of the PTA newsletter, if you decide to have one.
·         The National PTA supports the concept of shared responsibility in the development of school policies and in curriculum decisions. PTA urges all school boards to cooperate with parents, teachers, students, principals, administrators, business, civic and community leaders, and the general public in this process.
·         We recognize that boards of education have the legal responsibility for school policy. At the same time, we believe that, because parents, teachers, students, and the general public are affected by school policy, it is appropriate that they participate in its determination. We believe that such sharing of responsibility will result in greater responsiveness to student and societal needs and therefore improve the quality of educational opportunity.
·         Where law, procedures, or other barriers have discouraged broader participation in school policy decisions, necessary measures should be taken to facilitate shared responsibility. Schools need to establish a family friendly environment so that parents can be involved in shared decision making both formally as well as informally. All decision makers should be informed and trained regarding process, responsibilities and issues We are confident that teachers, principals, school administrators, parents, students, and the general public can make full and continuing use of the many opportunities for responsible participation.

SOURCE:http://www.education.gov.uk/schools/pupilsupport/parents/involvement/a0014917/parent-teacher-associations-ptas

Sunday, 24 November 2013

PIBG 2012




PENDAHULUAN
        Pada masa ini Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) telah diwujudkan di tiap-tiap sekolah di Malaysia.  PIBG ini dianggotai oleh guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah berkenaan.  Pada kebiasaannya sekolah mengutip yuran daripada pihak penjaga sebagai sumber menggerakkan persatuan. Mesyuarat Agung PIBG diadakan sekali setahun untuk memilih ahli-ahli jawatankuasanya.  Pengerusi PIBG selalunya dilantik di kalangan ibu bapa sementara guru besar bertindak sebagai penasihat dan seorang guru bertindak sebagai setiausaha. Sambutan terhadap kegiatan PIBG adalah berbeza-beza antara sekolah.  Terdapat PIBG yang aktif dan ada yang kurang aktif.  Persoalan yang selalu dibangkitkan ialah mengapakah terdapat banyak PIBG yang tidak bergerak cergas dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah sedangkan PIBG dapat memberikan sumbangan-sumbangan yang besar dan menjadi tunjang terhadap kemajuan sesebuah sekolah.  Sebagai contoh PIBG dapat membantu menyelesaikan masalah salah laku pelajar, dapat membantu dalam kerja-kerja amal dan dapat membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah.  Untuk menjawab persoalan ini, sebagaimana peranan guru besar dalam komuniti, pemimpin sekolah juga mempunyai tanggungjawab untuk mengaktifkan PIBG.  Guru Besar yang berkesan akan melibatkan PIBG dalam usaha-usaha mencapai hasrat sekolah. 

         Di samping faktor kepimpinan guru besar, adalah penting bagi PIBG mempunyai pasukan ahli jawatankuasa yang bersedia dan berminat untuk menjayakan program-program sekolah.  Kepimpinan PIBG yang berinovasi dapat merancang pelbagai strategi untuk menentukan kejayaan sekolah.  PIBG misalnya tidak hanya melibatkan mereka yang mempunyai anak yang bersekolah untuk aktiviti-aktivitinya.  PIBG sepatutnya melibatkan juga ahli-ahli komuniti yang bukan terdiri daripada ibubapa untuk bergiat dalam membantu program PIBG.  Terdapat ramai ahli-ahli komuniti yang terdiri daripada mereka yang tiada anak, anak sudah tamat sekolah atau yang masih bujang yang mungkin berminat dalam aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan.  Oleh itu terpulanglah kepada kepimpinan PIBG menjalankan fungsi dan peranan masing-masing selaras dengan kedudukan mereka dalam persatuan.       
Definisi Dalam banyak hal PIBG boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah.  Seperti yang kita sedia maklum PIBG merupakan akronim bagi Persatuan Ibu bapa dan Guru. PIBG secara keseluruhannya telah dinyatakan seperti di atas.  Tunjang pula menurut kamus Dewan ialah akar di atas tanah yang menopang batang pohon supaya tegak seperti yang terdapat pada pokok bakau dan lain-lain lagi. Kemajuan berasal dari kata dasar maju yang bermakna bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan. Kemajuan bermakna perihal maju seperti taraf hidup dan lain-lain.  Sesebuah bermaksud penjodoh bilangan untuk bilangan sesuatu benda di mana bentuk atau jenisnya tidak tentu. Sekolah pula ialah tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran.                                                                                 
Secara keseluruhan PIBG tunjang kemajuan sesebuah sekolah bermaksud PIBG menyokong dan membantu membina kemajuan di sesebuah sekolah agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisasikan.  Usaha ini memerlukan komitmen semua pihak bermula dari guru besar atau pengetua, ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekitar dan pelajar. Kita sedar bahawa PIBG adalah salah satu pertubuhan di dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar terhadap meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka.  Ahli-ahli PIBG yang aktif boleh menyumbangkan tenaga dan sumber kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah yang berkenaan.
Menurut Kamarudin Hj. Kachar (1989) pendidikan tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat. Pendidikan perlu dirancang dan dilaksanakan prosesnya dalam konteks masyarakat.  Tujuannya supaya pendidikan ada kaitan rapat dengan masyarakat. Selain daripada tujuan sedemikian, pelajar-pelajar dapat memahami masyarakat, hidup berasaskan kepada nilai-nilai dan unsur-unsur kebudayaan masyarakat, dan supaya ibu bapa serta orang lain  memahami dan menghayati keadaan, matlamat dan masalah institusi pendidikan.  Pelajar-pelajar datangnya daripada masyarakat.  Mereka diasuh, dididik dan dilatih oleh institusi pendidikan untuk keperluan masyarakat.  Dengan demikian memang wajar institusi pendidikan mendapat bantuan bukan sahaja kewangan, tetapi bantuan dan asuhan moral daripada masyarakat.      
Peranan PIBG PIBG semestinya memegang amanah sebagai persatuan yang berjuang dan memperjuangkan kebajikan ahlinya sekaligus mendasarkannya kepada kepentingan pelajar dan murid.  Ini bermakna PIBG terutama pemimpinnya  tentulah tidak wajar menjadikan persatuan sebagai batu loncatan untuk kepentingan peribadi sama  ada yang berkecenderungan politik, ekonomi atau kepentingan peribadi. Secara tidak langsung juga, Persatuan tidak wajar bergerak atau menjadi gerakan yang bersifat politik berparti atau mempunyai kecenderungan menyokong sebarang parti politik kerana matlamat utamanya hanyalah memperjuangkan kebajikan ahli, serentak dengan usaha menyokong sebarang dasar pendidikan yang menjamin dan mengutamakan kepentingan pelajar,murid,ibubapadan seluruhnya.                                                                                   
Peranan Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam menyerlahkan prestasi anak-anak ialah sebagai penjaga. Ibu bapa seharusnya menjadi penjaga yang bertanggungjawab.  Ini bererti segala keperluan asas seharusnya dipenuhi mengikut kemampuan dan kesesuaian. Sebagai penjaga, ibu bapa juga seharusnya bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal dan mental anak.Ibu bapa juga perlu berperanan sebagai pengawas tingkah laku anak.  Ibu bapa perlu mengambil berat setiap tindak tanduk anak-anak untuk menjamin masa depan mereka. Jika perkara ini tidak diberi perhatian yang serius sejak dari awal,  cita-cita ibu bapa untuk menjadikan anaknya cemerlang mungkin hanya tinggal angan-angan sahaja.  Bak kata pepatah, ‘kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu bertindak sebagai perangsang perkembangan mental anak.  Ibu bapa semestinya  dapat melihat secara keseluruhan mengenai potensi anak-anak mereka.  Potensi yang ada dalam diri anak sepatutnya diserlahkan dan dikembangkan mengikut saluran yang betul dan diredai.  Bantu anak-anak mengenali bakat yang ada dalam diri mereka dan seterusnya memupuk bakat tersebut. Setiap bakat yang wujud dalam diri anak perlu diasah dan disuburkan pada setiap masa dan keadaan. Apabila ibu bapa dapat memainkan peranannya secara positif di rumah maka tugas guru disekolah dapat diringankan dan tidak ada berlaku kecelaruan fikiran di kalangan anak-anak.                                                                                                                    
 Pada peringkat sekolah, guru yang mengisi sebahagian daripada komposisi PIBG seharusnya berperanan sebagai ibu bapa yang mengambil berat setiap keperluan  dan kebajikan pelajar.  Oleh itu guru yang menjadi seorang pendidik yang benar-benar ‘berwatak pendidik’dengan menyerlahkan seluruh ciri kebudimanannya dan ‘kecikguannya’.  Kita berkeyakinan manusia suka dan selesa kepada sesiapa sahaja yang menampilkan sifat kasih sayang dan bersikap penyayang.  Justeru, sudah tentu pendidik yang bersikap dan bersifat penyayang adalah seorang yang lemah lembut tatkala mendidik dengan menganggap pelajar seperti anaknya. 
Oleh itu, guru tentu lebih menghargai anak didiknya kerana tiada ibu atau bapa yang gembira apabila melihat anaknya dimaki, dicerca dan dimarah tanpa usul periksa.  Seandainya tidak mahu melihat anak didera oleh sesiapa , setiap individu tentunya bertanggungjawab dan insaf betapa tiada haknya mereka mendera anak orang lain. Secara tidak langsung juga ia memperlihatkan usaha merealisasikan konsep sekolah penyayang yang dapat dihayati oleh pelajar.  Apa yang diharapkan pelajar sendiri bersyukur dan menghargai nilai peribadi dan personaliti gurunya yang memberi kasih sayang yang amat luas dan sesuai dalam setiap detik pengajaran dan pembelajarannya. Secara tidak langsung, guru menyediakan dunia pengajaran yang diwarnai dengan keseronokkan mengajar manakala pelajar menikmati dunia penuh cerita dalam pembelajaran meraka atau keseronokkan belajar.  Pendidik seharusnya menginsafi keterbatasan upayanya kerana sifat manusianya sendiri mesti dan wajar dimaklumi walaupun sebagai pendidik yang begitu kuat iltizam dan idealisme mempunyai jangkaan  matlamat yang berkeinginan untuk mencapai kecemerlangan.  Dengan keterbatasan ini tentu sukar untuk mengubah perlakuan dan sikap murid dalam waktu yang singkat, malah mungkin mengambil masa yang panjang. 
Membantu menyelesaikan masalah salah laku pelajar
      Ada yang memeranjatkan, sekaligus membimbangkan, mengenai hasil satu kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan.  Laporan kajian tersebut menjelaskan tentang penularan gangsterisme yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara sekarang.  Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai-bagai kegiatan kongsi gelap. 
     Antara kegiatan berunsur ganas yang kerap berlaku di sekolah ialah mencuri, bergaduh, peras ugut, malah percubaan merogol.  Sejak sedekad kebelakangan ini kenakalan melampau ini sudah menjadi satu trend di kebanyakkan sekolah.  Hal ini telah sering kali dibangkitkan oleh guru-guru, juga selalu menjadi agenda utama dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan Ibu Bapa danGuru(PIBG).  Menurut Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Kebangsaan, Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata (B.H, 27 Julai 2001), dengan cabaran dunia tiada sempadan pelbagai elemen yang baik atau buruk bebas memasuki minda golongan muda sekiranya tidak disaring dengan teliti. Sehubungan dengan itu, katanya,  dengan benteng  kukuh yang dibina sejak kecil serta kawalan daripada semua pihak yang berfungsi membentuk insan bistari dan gemilang, tidak mudah bagi anak muda dipengaruhi anasir tidak sihat.  Beliau berkata, tanggungjawab itu bukan sahaja dipikul oleh ibu bapa malah anggota masyarakat dan kerajaan  untu menilai dan mengkaji kelemahan supaya dapat diperbaiki segera. 

Membantu pelajar miskin.
Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) akan mewujudkan bank data untuk menyenaraikan  palajar daripada keluarga miskin, sekaligus memudahkan proses menyalurkan bantuan kepada mereka.  Bank data itu bertujuan memudahkan proses khidmat kebajikan dan bantuan dihulurkan kepada belajar terbabit.  Pelajar yang tersenarai akan diberi bantuan sama ada dalam bentuk kewangan  dan perkhidmatan lain menerusi dana sumbangan  ahli korporat dan agensi kerajaan  yang disalurkan kepada persatuan berkenaan.  Perlaksanaan program ini memerlukan perbelanjaan yang besar, oleh itu diharapkan lebih ramai ahli korporat tampil untuk membantu menjayakan kegiatan sukarela berbentuk kebajikan ini.  
Setiap PIBG peringkat sekolah disarankan menyediakan bank data sendiri dengan menyenaraikan semua pelajar miskin yang berhak dibantu.  PIBG patut menjadikan usaha membantu pelajar miskin ini sebagai satu daripada  agenda utama supaya  golongan ini dapat belajar dengan selesa sepertimana pelajar lain.  PIBG juga patut membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah  dengan memastikan mereka tersenarai  menerima buku menerusi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).  Pada masa sama PIBG perlu beriktiar menganjurkan pelbagai majlis ilmu dan seminar motivasi kecemerlangan yang membabitkan pelajar daripada keluarga berkenaan.  Penyertaan dalam program ini akan memberi rangsangan  dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan persekolahan hingga berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading dan merangkul segulung ijazah.  Kejayaan ini sekaligus dapat membebaskan mereka daripada kemelut kemiskinan kerana kejayaan dalam bidang pendidikan memudahkan pelajar terbabit mencari pekerjaan.  
                                          
LATAR BELAKANG PIBG SK.TILIS
Pada tarikh 16 April 2009, satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan bagi penubuhan Persatuan Ibu bapa dan Guru SK.Tilis Tenom. PIBG SK.Tilis telah didaftarkan secara rasmi pada 25 April 2009 dengan sijil pendaftarannya iaitu: JP/PPIG/4/00880.

Tujuan PIBG Sk.Tilis adalah;
·          Memastikan kemajuan dan perkembangan serta menjaga kebajikan murid terjaga dengan baik 
·         Membantu meningkatkan komunikasi dan kemesraan antara sekolah dan masyarakat 
·         Membantu mencari dana atau menambah sumber kewangan sekolah 
·         Membantu mewujudkan suasana kondusif di sekolah serta murid Jawatankuasa PIBG 
·         Menetapkan bilangan ibu bapa dan guru perlu seimbang, manakala guru besar atau pengetua tidak boleh menggangotainya dan hanya bertindak sebagai penasihat persatuan.

Walaupun penubuhan Persatuan PIBG SK.Tilis baru 3 tahun, namun pelbagai aktiviti dan program telah berjaya dirancang dan dilaksankan. Melalui aktiviti dan program PIBG tersebut kini Sk.Tilis telah mengorak langkah ke hadapan dan berjaya menonjol sehingga mendapat anugerah “New Deals” Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010.

SENARAI AJK PIBG 2012 – 2013
Penasihat
En.Faizal@Palanius Bin Michael (Guru Besar)

AJK Tertinggi
YDP PIBG En.Saapon Sumakit
Naib YDP PIBG : EN.John Tampis
Setiausaha PIBG : Cik Verawati Wahid.
Bendahari PIBG : Puan.Lanjuin Andawai

AJK PIBG Kecil

Biro Pendidikan
En.Mansiang Sumakit (Ibu Bapa)
En.Zulfikar Yusof (Guru)

Biro Sukan    
En. Ansapul Muli ( Ibu Bapa)
En.Azizul Abu Bakar (Sukan)

Biro Disiplin
En.Kalan kulasi (Ibu Bapa)
En.Dominic Sintoh (Guru)

Biro Seni &Kebudayaan
 Pn Suida Angkopi (Ibu Bapa)
Pn Norsaini Abd Tahni (Guru)

Biro Pembangunan & Keceriaan
En.Suril Tampis (Ibu Bapa)
En.Jeprin Ipung (Guru)

Biro Lawatan
En. Lasong @ Aping Sumakit (Ibu Bapa)
Ustaz Mohd Fadli Che Ghani (Guru)

Juruodit Dalaman
Pn.Ahida Tikau (Ibu Bapa)
Pn.Florinsiah Bte Lisa (Sekolah)




AKTIVITI PIBG TAHUN 2011
1.    Majlis Hari Guru
2.    Membina laluan dan Tangga konkrit sepanjang 60 meter (dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Giat Mara Daerah Tenom).
3.    Membina 1 buah Pondok Bacaan .
4.    Membina 1 buah Pondok Sains.
5.    Membina 1 buah Pondok Ilham.
6.    Membina 1 buah Pondok Pra Sekolah.
7.    Membina replika menara KLCC dan menara Kuala Lumpur.
8.    Membina Mini Dewan Terbuka Sk.Tilis (2011 – 2012)
9.    Melaksanakan program Perkemahan Ko-Kurikulum.
10.  Menjayakan aktiviti 1Murid 1 Sukan.
11.  Mengawas dan memantu murid tahun 6 belajar malam.

AKTIVITI PIBG TAHUN 2012
1.    Menyiapkan Mini Dewan Terbuka “Tilis Atulai”.
2.    Membina laluan konkrit ke Bangunan Pra Sekolah sepanjang 60 meter.
3.    Membina Replika Guning Berapi di dalam Taman Sains
4.    Membina Pagar di kawasan sekolah.
5.    Membina pagar kebun murid.
6.    Bekerjasama menjayakan Kem Kecemerlangan UPSR peringkat Zon Bukit.
7.    Bekerjsama menjayakan program Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri.
8.    Bekerjsama menjayakan program Perkampungan UPSR murid tahun 6.
9.    Bekerjasama menjayakan program Perkemahan Ko-Kurikulum & English In Camp.
10.  Bekerjsama menjayakan Majlis Bakti Disemai Bukti Dituai.
11.  Mengawas dan memantu murid tahun 6 belajar.




VISI

MENYOKONG SK.TILIS
MEREALISASIKAN VISI
PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER
PADA TAHUN 2016



MISI

BERKOLABORASI DENGAN SEKOLAH BAGI
MELAHIRKAN  MURID-MURID YANG BERILMU, BERKEMAHIRAN DAN BERDISIPLIN




MOTTO

BERSAMA MENUNAIKAN AMANAH